Tuesday, August 11

H1N1

Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang sebenarnya kurang faham tentang apa itu H1N1 atau lebih mudah disebut "selsema babi". Buktinya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang membawa kanak-kanak ke tempat2 terbuka, tak kisahlah kalau tempat2 terbuka..ni ke hospital pun dibawanya jugak....kami sebagai medical staff...dah berusaha membuat macam2 prevention....banner sebesar-besar alam dah dilekatkan di depan pintu masuk....amaran dah berkali- kali dilaungkan...tapi masih ada segelintir rakyat yang masih lagi mengendong anak-anak kecil ke hospital....bila dah ditegur jangan bawa masuk ke dalam wad...pandai pula masuk ikut pintu belakang dan sorok- sorok...kadang2 siap tidurkan bayi atas katil lagi....
Apa hak kami nak bersuara..bila bersuara lebih-lebih alamatnya dapatlah surat complain...bersuara cara baik..mereka buat macam kami ni tunggul di dalam wad.....bila kami dah mula menegur berkali-kali...dikatanya staff kurang sopan dan tidak memahami...
Tidakkah mereka ni sedar bahawa ni adalah antara pandemic kes yang terbesar di dunia....lebih teruk dari JE, SARS...at least wabak itu semua ada vaksinnya....yang ini..?????
Tidak takut ke mereka yang masih tidak mempunyai kesedaran tentang betapa bahayanya wabak ni???
Aku yang bekerja di hospital pun kadang-kadang rasa takut nak ke hospital...walaupun pelbagai prevention dah dibuat.....mask dah berlapis-lapis aku pakai....tangan sampai kecut2 aku dok cuci..tapi mereka selamba ajer bawa anak kecil datang ke hospital. Hospital ni kalau weekend dah macam taman permainan...macam pesta....bila dihalang dari masuk ke dalam wad..dibiarkan anak-anak kecil ni berlari-lari di ruang legar.....terpengit-pengit.....menjerit-jerit....dorang tau ke tak yang hospital ni tempat orang sakit....kadang-kadang rasa pelik ngan sikap rakyat yang sebenarnya tak prihatin langsung.....macam semuanya buta huruf dan tak tahu membaca....tak sensitif langsung dengan isu-isu semasa.....
Entahlah...mari la kita berdoa supaya wabak ni kita temui vaksinnya....dan semoga mortality rate berhenti sampai disini sahaja....cukuplah dengan 32 kes kematian...janganlah ditambah lagi....yang sedihnya....kebanyakan mereka adalah kanak-kanak....pelapis negara.....
Al-Fatihah.....

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home