The Truth Of The Tale
Tiba-tiba dipagi yang hening ini saya tergerak hati untuk bercerita mengenai apa yang telah terjadi kepada saya kebelakangan ini.
Beberapa bulan yang dulu saya ditimpa dugaan yang amat kuat dimana ada “mereka-mereka” yang melemparkan fitnah dan cerita tidak baik tentang diri saya. “Mereka-mereka” itu kata saya seorang yang berkira dan seorang manusia yang amat buruk dan jelek sekali.
Mungkin cara pertuturan saya yang agak kasar pada pendengaran mereka ataupun sebenarnya “mereka-mereka” itu adalah manusia yang tidak boleh menerima sebarang teguran. Kerana “mereka-mereka” sentiasa merasakan diri mereka cukup sempurna dan baik budi bahasanya.
Saya berjaya membuatkan “mereka-mereka” itu pergi jauh dari hidup saya. “Mereka-mereka” menebarkan fitnah tentang diri saya kepada kelompok-kelompok yang kami kenali sehinggakan ada insan-insan yang tidak tuli hatinya menelefon dan bertanya akan kebenaran berita itu….saya bersyukur diluar sana masih ada insan yang tidak berpelajaran tinggi tapi berfikir seperti seorang yang bijak pandai..mungkin kerana hati mereka bersih suci dan tidak busuk seperti bangkai…..kerana itu mereka dapat membezakan kebenaran berita-berita itu.
Kini, “mereka-mereka” itu menjilat ludah mereka sendiri…..dan saya hanya tertawa melihat gelagat mereka yang tak ubah seperti beruk yang tersesat dikampung sendiri……
Kemudian, datang ujian yang lebih hebat lagi, “kamu” saya anggap sebagai kawan-KAWAN SEJATI….berubah secara mendadak…tidak pasti pula apa sebabnya…..mungkin kerana termakan kata-kata “mereka-mereka” itu…..
Jika benar kisah malam itu yang menjadi penyebabnya kenapa baru sekarang “kamu” berubah? Kenapa mesti menunggu selama berbulan-bulan baru hendak bermasam muka dan tak bertegur sapa? “Kamu” meminta saya bersemuka dan meminta maaf atas kesilapan saya..saya turuti walaupun hakikatnya salah itu datang dari “kamu” juga…cara “kamu” yang sedikit memaksa saya meminta maaf kepada “kamu” dengan ikhlas..membuatkan rasa merasa amat jelek. Siapa kamu untuk memaksa saya meminta maaf dengan ikhlas….ikhlas atau tidak biar Tuhan saja yang tentukan…..
Selepas perkara itu, kita boleh sahaja berbual macam biasa tanpa ada rasa berbuku didalam hati…rupanya dalam diam ‘kamu” membuat rencana sendiri tanpa memberitahu saya…sedangkan saya rasa perkara itu saya patut diberitahu dahulu, kerana saya berhak!
Lama- kelamaan saya perasan diri ‘kamu” berubah…dari sehari kesehari “kamu” kurang bercakap dan bertegur sapa, kemudian “kamu” tidak lagi memandang mata saya bila bertanya, kemudian “kamu” lalu disebelah saya seumpana saya tidak ada disitu, “kamu” tidak menghormati saya bilamana “kamu” meloloskan diri “kamu” ke kamar orang lain didepan saya dan yang menyedihkan bila “kamu” pulang dari kerja “kamu” berjalan seolah-olah saya tiada didepan “kamu”.
Tindakan “kamu” benar-benar membuat hati saya terluka…tambahan lagi saya mendapat tahu “kamu” bercerita dengan orang lain tentang segala rasa tidap puas hati “kamu” terhadap saya. Mungkin “kamu” terlupa insan yang “kamu” luahkan rasa itu adalah insan yang bijak dan saksama…segala apa yang kamu cerita terus sampai ketelinga saya tanpa tokok tambah….
Bukankah dahulu “kamu” yang meminta bersua muka bila ada rasa gusar di dalam hati?
Bukankah dulu “kamu” yang meminta supaya saya menegur segala kesilapan kamu?
Bukankah dulu “kamu” yang bermegah dengan cara “kamu”?
Tapi kenapa “kamu” tidak lakukan apa yang kamu katakan?
Adakah kerana “kamu” adalah tergolong dalam golongan “mereka-mereka” yang amat sempit pemikiranya, dalam golongan “mereka-mereka” yang busuk hatinya?
Dengan apa yang telah “kamu” lakukan kepada saya, hari ini saya sudah mampu mengakui bahawa saya tidak perlukan “kamu” sebagai KAWAN SEJATI. “Kamu” membuatkan saya rasa amat menyesal mengenali “kamu” dahulu. “Kamu” membuatkan saya rasa segala pengorbanan saya untuk “kamu” sia-sia sahaja. “Kamu” membuktikan kepada saya betapa bodohnya diri “kamu”.
Sekarang saya minta “kamu” pergi jauh-jauh dari hidup saya, pergilah bersama “mereka-mereka” yang kamu julang….teruskan rencana rahsia “kamu” segera yang mungkin kerana saya tidak mahu lagi memberikan “kamu” kesenangan yang saya ada sekarang.
Ternyata “kamu” mahu membuktikan “kamu” boleh hidup tanpa saya disisi “kamu”…teruskan rencana “kamu”…hari ini saya mampu katakan saya tidak perlu lagi KAWAN SEJATI seperti “kamu” yang amat mudah lupa diri dan dari mana asal usul “kamu”.

Labels: life

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home