Sunday, March 2

Kata.Mengata.Terkena.

Kenapa ada manusia yang tak boleh tengok orang lain hidup senang dan bahagia?
Kenapa ada manusia yang dengki bila orang lain lebih dari mereka?
Kenapa ada manusia yang suka meniru dan curi ide orang lain?
Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?


Teringat zaman-zaman belajar di UKM dulu..masa zaman kegemilangan katakan....dalam batch ai, boleh dikatakan 3/4 dari mereka datang dari ceruk2 pantai timur dimana mereka kurang didedahkan dengan aktiviti sosial di bandar, 1/4 dari mereka datang dari belah utara yakni daerah2 yang bersawah padi dan seorang dari mereka adalah dari Jay Bee yakni terkenal dengan tahap sosial yang sama atau lebih dari budak Kay El.....so ai dan budak Jay Bee ni amatlah kamcing kerana jumpa member yang sekepala...lantas kami pun jadi la rapat giler2......

Masa mula2 masuk belajar, cuma ai sorang ajer yang free hair, berambut pendek ala-ala Pink, pakai gel bagai.....pegi kelas pakai baju kurung tapi pakai kasut high cut, pakai beg selempang tepi....(ala...zaman muda belia...).

Maka, banyak la mulut yang mengata..tentang keakraban kami melakukan aktiviti malam...pada kami pergi clubbing tu biasa, pakai skirt pendek dan spagetti tu biasa.....tapi pada mereka yang datang nun jauh dari ceruk2 tuh...itu semacam taboo pada mereka.

So..naik la nama kami...ditambah pulak ngan berita yang mereka dengar dimana ai mengamalkan hubungan songsang..lagi la nama bertambah glamer......

Bila naik part 2...makin ramai pula yang free hair..siap kaler rambut lagi..karat tak hengat!!! Ramai yang dari ceruk-ceruk yang dulu mengata ai kini jadi penghuni tetap disko...sampai ada yang jadikan air setan tuh minuman harian....!!!

Ada juga yang bertembung di Kay El, jalan berpimpin tangan dan berpeluk bagai dengan kaum sejenis.....dan lebih kelakar orang itu adalah orang yang mulutnya amat lancang mengutuk ai dibelakang......

Ada juga yang macam ayam terlepas dari ditambat....mula la mengedik sana sini dengan jantan....jual apa yang ada....last2 bunting terus kene buang belajar.......dan yang kelakar jugak itu orang2 yang dulu beerbuih-buih bagi nasihat sambil mengumpat ai kat belakang.....

Yang datang dari kawasan bendang, yang mana masa memula dulu tak tahu langsung berseluar inikan lagi berskirt.....dimana kutuk ai...last2 orang2 tuh yang pakai skirt bukan main pendek lagi.....sampai terlupa macam mane nak pakai kain batik......kelakarkan......

Ada juga yang terus bertukar cara penampilan......ai buat rambut curl, dorang pun sibuk buat curl.....huh..macam2 la....

Last-last, ai juga yang dorang mengaku kawan...yelah nak mintak tolong cari port malam, nak kenal dengan kaum sejenis, maner nak cari klinik buat abortion.....

At last, ai buktikan yang walaupun ai datang dari bandar dan sosial...ai tak penah kantoi dalam belajar....clubbing tetap clubbing, belajar tetap belajar.....

Sekarang pun sama jugak....mesti ada orang yang selalu ikut ide ai....kita pergi sini, dia pegi sini..kita pergi sana, dia pergi sana....kita pergi sinun, dia pergi sinun.....

Manusia oh manusia...!!!

Labels:

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

i guess that applies everywhere. when i was in sydney the same thing happens, it seemed the ones from kampung always fall the hardest to temptations.

10:50 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home