Salam 1429M
Sekeji-keji manusia ialah manusia yang membuka aib orang lain dengan memfitnah mereka.
Sehina-hina manusia ialah manusia yang menggunakan orang lain untuk kesenangan dirinya.
Sebangsat-bangsat manusia ialah manusia yang menjual nama sahabatnya untuk membersihkan namanya.
Seburuk-buruk manusia ialah manusia yang hatinya lebih busuk dari bangkai khinzir.
Sezalim-zalim manusia ialah manusia yang meninggalkan zuriatnya kerana mengejar kehidupan duniawi semata.
Sebodoh-bodoh manusia ialah manusia yang merasakan dirinya cukup sempurna.
Sehodoh-hodoh manusia ialah manusia yang zahirnya bertopengkan malaikat tetapi batinnya seangkatan syaitan.
Selaknat-laknat manusia ialah manusia yang lupa akan asal usul keturunannya.
Sedaif-daif ilmu manusia ialah manusia yang tidak sama sekali melihat kesalahan dirinya.
Sekejam-kejam manusia ialah manusia yang tanpa sedar membuka aib dirinya.
Semua jenis manusia diatas telah saya temui sepanjang 24 tahun saya bernafas di atas bumi ini. Mereka semua berada disekeliling kita. Bonda saya selalu berpesan supaya jangan sesekali mempercayai seseorang tanpa tahu akan asal keturunan dan sifatnya, tapi sebagai manusia biasa saya tidak terlepas dari terlalai dengan ingatan yang diberikan oleh bonda saya. Pengakhiran tahun inin amat menyakitkan kerana saya rasa terlalu letih menyenangkan hidup orang yang tidak mengenang budi, berbuat baik pada orang yang sebenarnya langsung tidak tahu berterima kasih, dan mengenali orang yang disangka kawan tapi rupanya lawan. Saya cuma berpegang pada satu prinsip dimana jika hari ini saya dibawah maka esok lusa saya akan berada diatas. Begitulah putaran duniawi yang hakiki. Sesungguhnya saya amat menyesal membenarkan diri saya dipijak dan dihenyak-henyak oleh orang yang pernah saya anggap kawan. Bila difikir tiada untungnya saya mengenali mereka, mereka tidak pernah membantu saya walau sesen pun, mereka tidak pernah ada pun ketika saya amat memerlukan mereka. Mereka hanya wujud dalam hidup saya untuk kesenangan dan kemudahan mereka sahaja. Saya tidak menyesal kehilangan orang- orang sebegini dalam hidup saya kerana saya tidak rugi apa-apa, malah saya rasa lega tanpa perlu menyesakkan minda saya untuk memikirkan masalah dan kesusahan mereka. Saya sama sekali berharap mereka itu pergi jauh atau mati dalam dalam kamus hati saya, kerana saya tidak mampu lagi menerima tikaman demi tikaman dari mereka yang tidak pernah mengenang jasa saya selama ini. Semoga saya dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam mendepani manusia yang hanya bertopengkan syaitan....
Labels: life

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home